Skim Bantuan Latihan & Kursus PSMB (HRDF)
Skim bantuan latihan yang dikendalikan bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad / Kursus PSMB adalah seperti berikut:
1. Skim Bantuan Latihan (Skim SBL)
SBL merupakan skim utama Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM). Di bawah skim ini, bantuan kewangan dalam bentuk geran latihan boleh dipertimbangkan bagi semua jenis program latihan yang bersesuaian dengan keperluan majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
PSMB memberi geran latihan khusus sebagai insentif untuk majikan-majikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja mereka.
Di bawah Skim SBL kelulusan daripada PSMB mestilah diperolehi terlebih dahulu sebelum latihan dijalankan. Pembayaran balik kos latihan yang dibenarkan adalah berasaskan kadar bantuan kewangan yang ditentukan oleh PSMB dari semasa ke semasa dan pembayarannya adalah berasaskan tuntutan majikan.
2. Skim SBL-KHAS
SBL Khas dilaksanakan bertujuan membantu majikan dalam usaha mempergiatkan aktiviti latihan semula pekerja walaupun majikan menghadapi masalah aliran tunai, dengan menggunakan baki levi yang sedia ada.
Di bawah Skim SBL-KHAS ini, majikan tidak perlu membayar yuran latihan atau hanya perlu membayar sebahagian kecil yuran latihan bergantung kepada bidang kemahiran kepada penyedia latihan apabila melatih pekerja. Yuran latihan akan dibayar oleh PSMB kepada penyedia latihan bagi pihak majikan dan akan ditolak daripada akaun levi majikan.
Sumber : Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Kursus PSMB)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak PSMB bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.